my story
Wednesday, 12 August 2015
Thursday, 9 July 2015
Wednesday, 8 July 2015
Tuesday, 16 June 2015
Perjalanan hidupku dalam menempuh kejayaan
Hye and assalammualaikum...
Kita mesti biasa dengar perkataan ini"perjalanan hidup masih panjang"...itulah perkataan yang sering membasahi bibir-bibir masyarakat zaman sekarang..apa yang mereka katakan itu semua betul!! Perjalanan hidup kita sebagai seorang remaja masih panjang dan masih banyak lagi halangan dan cabaran yang akan datang kepada kita...seperti yang kita semua tahu sebagai seorang remaja kita perlu capai cita-cita serta impian yang kita impikan selama ini..tentu kamu semua pun ada impian dan cita-cita masing-masing kan..jadi disini saya nak kongsi tentang perjalanan saya yang berumur 15 tahun ini dalam mencapai kejayaan yang didamkan selama ini.....walaupun berumur 15 tahun tetapi saya ingin juga berkongsi sedikit cerita mengenai saya yang terlalu ingin mencapai kejayaan..
Dari umur 7 tahun saya amat suka akan doktor sehinggalah suatu ketika saya ditanya berkenaan cita-cita(ambition)saya. Ketika itu saya masih kecil dan tidak dapat membuat keputusan dengan terlalu bijak. Pada masa itu saya hanya boleh berkata bahawa saya akan menjadi seorang guru...tetapi cita-cita itu tidak bertahan begitu lama saya cari,cari,cari dan cari lagi bidang kerjaya manakah yang saya terlalu minat tetapi saya masih tidak menemui jawapan yang sebenar.. pada umur 11-13 saya buat keputusan yang saya akan menjadi seorang peguam tetapi ciri-ciri peguam tidak terlalu banyak dalam diri saya sehinggalah pada suatu malam (ketika itu berumur 14) ibu saya bertanya akan cita-cita saya dan saya tetap dengan jawapan saya mahu jadi seornag peguam tetapi ketika itu saya ragu-ragu dengan pilihan itu dan ibu telah mencadangkan agar saya menjadi seorng doktor ketika itu saya hanya mendiamkan diri dan berfikir dengan sedalam-dalamnya pada keesokan harinya saya masih berfikir dan pada masa itu saya sedar bahawa saya lebih mahir dalam bidang sains dan saya mempunyai ciri-ciri seorang doktor dan pada masa itu lah saya telah buat keputusan saya akan menjadi seorng doktor pakar bedah dan saya tidak menukar cita-cita saya lagi kerana saya telah menjumpai cita-cita yang sebenar-benarnya..Dan sehingga sekarang saya masih dengan cita-cita itu..saya berharap saya akan menjadi seorng doktor pakar bedah yang berjaya
Ciri-ciri doktor pakar bedah:
1)tidak takut akan darah
2)sanggup mengorbankan masa rehat
3)BErani apabila menghadapi sebarang kecederaan
Alasan mengapa nak jadi doktor:
Itu adalah sebab sendiri dan ia harus dirahsiakan kerana alasan itu adalah privacy bagi setiap orang :)
*Janganlah kita memilih cita-cita kita mengijut kawan rapat kita kerana itu akan merosakkan masa hadapan kita..!!